CONTOH SOALAN DCE 3105
PENILAIAN LATIHAN
1. Berikut adalah definasi penilaian yang kurang tepat
a)
Satu proses untuk menentukan teori perancngan program yang dilaksanakan
samada betul mencapai objektif yang sepatutnya atau tidak
b) Satu proses membandingkan bukti yang dikumpul dengan kriteria yang telah ditetapkan
c)
Satu disiplin akademik dan amalan yang merupakan proses sistematik
mengumpul, menganalisa dan melapur maklumat dengan objektif tertentu
untuk menentukan nilai sesuatu program latihan
d) Melihat kembali apa yang dilakukan
2. Kenyataan yang kurang tepat dengan pengertian Penilaian Latihan (PL),
a) PL merupakan satu penyelidikan action atau applied untuk menyelesaikan masalah amalan program latihan
b) PL merupakan pengukuran tahap pengetahuan peserta setelah mengikuti latihan
c) PL merupakan penyelidikan yang berasaskan masalah semasa
d) PL merupakan penyelidikan yang memerlukan hasil yang cepat, dan dibuat mengikut kaedah yang sistematik
3.
Kebanyakan penilaian hari ini dibuat secara formal tetapi tidak secara
sistematik dan komprehensif. Kenyataan ini sesuai dengan;
a) Penilaian sistematik
b) Objektif penilaian
c) Penilaian formal
d) Amalan penilaian latihan
4. Untuk mengukur tahap kepuasan peserta terhadap pogram latihan yang telah diikuti. Pernyataan ini menggambarkan;
a) Tujuan penilaian latihan
b) Objektif penilaian latihan
c) Penilaian komprehensif
d) Penilaian pencapaian objektif
5. Kenyataan yang berkaitan dengan penilaian
a) Apakah objektif yang hendak dicapai yang berasaskan kepada keperluan penerima
b) Adakah objektif yang dibentuk sudah dicapai
c) Apakah pengalaman pembelajaran yang perlu digubal untuk mencapai objektif tersebut
d) Bagaimana pengalaman tersebut perlu disusun supaya ianya boleh dilaksanakan dengan berkesan
6.
Justeru itu penilaian komprehensif perlulah mengambil kira keadaan yang
dinamakan black box ini supaya kesimpulan penilaian dapat dibuat dengan
lebih tepat. Apakah yang dimaksudkan dengan black box tersebut
a) Penilaian perlu dirancang dengan teratur mengikut kaedah saintifik sebagai action atau applied research
b) Setiap perancangan program latihan perlulah mempunyai dan melaksanakan penilaian
c) Setiap penilaian hendaklah secara formal, sistematik dan komprehensif
d)
Setiap program latihan yang terbaik tetapi peserta bersikap negatif,
sebaliknya program dibuat sambil lewa tetapi peserta bersikap positif
7. Dengan menggunakan kaedah yang sistematik, penilai akan dapat mengumpul maklumat yang tidak diperlukan tepat pada masanya
a) Betul b) Salah
8. Mengikut Boyle (1971), Penilaian membawa maksud;
a) Satu proses untuk menentukan teori perancangan program yang dilaksanakan mencapai objektif yang sepatutnya
b)
Satu proses untuk mengukur sejauh mana objektif latihan tercapai atau
tidak, dan memberi sebab mengapa sekiranya tudak tercapai
c) Satu proses membandingkan Kriteria-Bukti- Pertimbangan
d) Satu proses untuk menentukan keberkesan yang sebenar sesuatu program latihan
9. Berikut yang BUKAN tujuan latihan
a) Mengukur keberkesanan sesuatu program latihan
b) Mengukur tahap kepuasan peserta latihan
c) Membuktikan kewujudan bahagian HRD atau bahagian latihan
d) Membuktikan maklumat untuk menerus atau memberhentikan sesuatu program telah dikumpul
10. Fahaman yang salah dalam amalan membuat penilaian latihan
a) Penilaian latihan dibuat dengan cara formal, sistematik dan konprehensif
b) Penilaian input latihan berkadar terus dengan kejayaan latihan
c) Penilaian bukan hanya untuk penilaian, ia perlu kerana ada kepentingan untuk menggunakan hasil penilaian
d)
Penilai semestinya mengetahui model model penilaian yang disyorkan
dalam literature dan berkelayakan untuk melaksanakan penilaian tersebut
11.
Pihak pengurusan latihan perlu membuktikan bahawa setiap ringgit yang
dibelanjakan untuk latihan telah mendatangkan pulangan yang baik.
Kenyataan ini sesuai dengan;
a) Patton (1997)
b) Phillips (1991)
c) Shamsuddin (1998)
d) Junaidah (1999)
12. Model penilaian kualitatif dicadangkan oleh……..sebagai satu alternatif tambahan kepada penilaian berbentuk kuantitatif
a) Patton (1990)
b) Patton (1997)
c) Tracy (1992)
d) Cronbach (1982)
13. “Penilaian adalah satu seni dan juga sains”. Siapa yang berkata demikian
a) Patton (1990)
b) Boyle (1971)
c) Tracy (1992)
d) Cronbach (1982)
14. Amalan perubahan yang dipelajari semasa latihan, ditempat kerja.
a) Penilaian impak
b) Keberkesanan latihan
c) Pemindahan latihan
d) Akauntabiliti
15.
Bahagian latihan mewakili organisasi perlu membuktikan kepada
masyarakat bahawa mereka telah menjalankan tanggung jawab dengan betul.
Kenyataan ini berkaitan dengan;
a) Pengurusan tenaga manusia
b) Akauntabiliti dalaman
c) Pengurusan Kewangan
d) Akauntabiliti luaran
16. Penilaian impak penting untuk, melainkan
a) Penilai dan keluarganya
b) Masyarakat
c) Organisasi d) Negara
17. Impak latihan mungkin dalam bentuk, kecuali
a) Peningkatan mutu keluaran
b) Peningkatan jualan
c) Kecacatan pengeluaran
d) Pengurangan komplain
18.
“ Dulu saya takut apabila berjumpa dengan kawan kawan dikedai kopi
kerana mereka boleh membaca surat khabar, dan saya pula buta huruf.
Tetapi sekarang saya tidak takut lagi”. Kenyataan ini adalah hasil
penilaian kualitatif dengan menggunakan instrumen temubual. Persoalan
yang hendak dijawab dalam kenyataan tersebut ialah mengenai;
a) Proses latihan dilaksanakan
b) Mengapa latihan dijalankan
c) Makna pengalaman latihan yang dilalui
d) Bagaimana latihan dilaksanakan
19. Yang manakah bukan instrumen dalam penilaian kualitatif
a) Pemerhatian
b) Borang soal selidik
c) Temubual
d) Analisis dokumen
20. Satu kelebihan penilaian kualitatif ialah kerana ia dapat menilai proses program latihan dengan;
a) Tepu
b) Tema
c) Verbatin
d) Mendalam
21. Yang mana satu kah yang ada kaitan dengan Model Penilaian Phillips (1991)
a) Penggunaan sampel rawak
b) Membuat anggaran kos program dan pulangan hasil
c) Mengutamakan penilaian reaksi peserta kursus
d) Mementingkan penilaian tumpuan-pengguna (utilization-focused)
22. Mengapa amalan penilaian latihan tidak dibuat dengan cara yang dianjurkan oleh literatur, melainkan
a) Penilai tidak mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai model latihan
b) Penilai tidak mempunyai kelayakan dan latihan yang cukup tentang penilaian latihan
c) Penilai menganggap penilaian input berkadar terus dengan kejayaan latihan
d) Penilai menganggap penilaian reaksi berkadar songsang dengan kejayaan latihan
23.
Model penilaian ini berlandaskan kepada andaian bahawa setiap program
latihan perlu dinilai dengan mengambil kira penggunaannya yang sebenar
a) Model Pendekatan Tumpuan Hasil
b) Model Penilaian Pencapaian objektif
c) Model Penilaian Kriteria- Bukti-Pertimbangan
d) Model Penilaian Tumpuan Pengguna
24. Mereka percaya bahawa semua perkara boleh diukur dengan menggunakan skala tertentu yang standard. Siapa ‘mereka’ itu?
a) Phillips
b) Patton
c) Tyler
d) Boyle
25.
Maklumat perlu dikumpul semasa perancangan awal latihan supaya
perbandingan perubahan yang berlaku dapat dibandingkan. Kenyataan ini
berkaitan dengan;
a) Ad-hoc
b) Benchmark
c) Reliable
d) Saturation
26. Diantara berikut berkaitan dengan penilaian Pendekatan Kualitatif, kecuali;
a) Ratio
b) Tepu
c) Tema
d) Verbatim
27.
Umpamanya secara sepintas lalu seseorang melihat pengajaran yang
dijalankan oleh penceramah, dan membuat kesimpulan bahawa penceramah
tersebut seorang penceramah yang berkesan. Kenyataan ini ada kaitan
dengan;
a) Ad-hoc
b) Benchmark
c) Reliable
d) Saturation
28.
Penilaian ini adalah lebih berwibawa dan sesuai untuk dijadikan rujukan
ilmiah kerana ianya berasaskan kaedah penyelidikan yang betul dan
mempunyai maklumat yang impirikal. Kenyataan ini sangat sesuai dengan;
a) Ad-hoc
b) Benchmark
c) Reliable
d) Saturation
29.
Ini adalah diantara faktor mengapa sekiranya berlaku krisis ekonomi
maka bahagian latihan yang akan menjadi mangsa dimana peruntukan
untuknya akan dikurangkan. Yang tidak sesuai dengan kenyataan
tersebut;
a) Valid
b) Sistematik
c) Formal
d) Komprehensif
30.
Hasil penilaian menunjukkan bahawa sebanyak RM Sejuta telah
dibelanjakan untuk lima siri latihan kakitangan yang telah dilaksanakan
dalam tahun 2009. Kenyataan ini ada kaitan dengan kelemahan penggunaan;
a) Populasi
b) Sampel
c) Kriteria
d) Input
31.
Mereka percaya bahawa setiap sesuatu perkara bergantung kepada konteks
dan ianya tidak sama dan tidak piawai (standard). Siapakah ‘mereka’
itu?
a) Phillips
b) Patton
c) Tyler
d) Boyle
32.
“Models as idealized views on how to sort and address problem
encountered in conducting evaluations” Siapa yang berkata demikian?
a) Patton (1997)
b) Phillips (1991)
c) Shamsuddin (2002)
d) Junaidah (1999)
33. Kriteria berikut merupakan penentuan objektif latihan oleh Tyler (1949) kecuali;
a) Jenis perubahan yang hendak dicapai
b) Tahap benchmark
c) Tahap ketepuan
d) Jangkamasa latihan
34. Yang manakah tidak termasuk dalam perubahan yang dikehendaki dalam sesuatu program latihan;
a) Kecerdasan
b) Kemahiran
c) Objektif
d) Sikap
35. Sampel digunakan untuk menggeneralisasikan populasi kajian penilaian;
a) Kuantitatif
b) Kualitatif
c) Tumpuan Hasil
d) Tumpuan Penggunaan
36. Penilaian Reaksi juga dikenali sebagai;
a) Vervatim
b) Smilling sheet
c) Instrument
d) Ratio
37. Diantara berikut, kenyataan manakah yang salah
a) Tidak ada cara yang paling ideal untuk menjalankan penilaian latihan
b) Penilaian kuantitatif merupakan penerokaan untuk mencari penemuan yang tidak dipastikan lagi apakah jawapannya
c) Tanpa peruntukan kewangan sudah pasti program latihan tidak akan dapat dijalankan
d) Model Penilaian Pencapaian objektif merupakan model yang paling popular dan seringkali dikaitkan dengan penilaian
38. Penilaian awal juga dikenali sebagai penentuan;
a) Ratio
b) Benchmark
c) Reliable
d) Saturation
39. Penemuan tema atau kategeri dalam penilaian pendekatan kualitatif adalah untuk memperjelaskan…………peserta latihan
a) Pengetahuan
b) Sikap
c) Kemahiran
d) Kesemua diatas
40.
……………telah membahagikan model penilaian kepada empat generasi karektor
berasaskan perbezaan metodologi; measurement, description, judgment dan
negotiation-oriented.
a) Patton (1997)
b) Phillips (1991)
c) Shamsuddin (2002)
d) Junaidah (1999)
41. Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan; “Tidak ada satu cara yang paling ideal untuk menjalankan penilaian latihan”
a) Pengajaran diandaikan bersamaan dengan pembelajaran
b) Amalan penilaian yang dilakukan perlu dinilai
c) Paradigma penyelidikan berbeza diantara beberapa pendekatan
d) Penilaian yang berkesan banyak bergantung kepada kepintaran penilai
42. Mengapakah yang menyebabkan penilaian yang dibuat secara sepontan dan samar-samar tanpa memberi bukti yang jelas?
a) Kriteria yang digunakan dalam program latihan tidak sesuai
b) Hasil penilaian tidak digunakan untuk memperbaiki program akan datang
c) Untuk menjaga marwah perencana program latihan
d) Tidak diketahui siapakah yang sepatutnya merancang dan menilai program latihan
43. Keberkesanan Latihan bermaksud;
a) Hasil daripada latihan yang menyebabkan perubahan positif yang berlaku kepada peserta
b) Kesan yang dihasilkan daripada perubahan yang berlaku kepada peserta
c) Hasil daripada latihan yang membawa kepada perubahan positif dan negatif kepada peserta
d) Proses untuk menilai program latihan
44. Kaedah mana yang paling sesuai untuk menjalankan penilaian bergantung kepada beberapa faktor, melainkan;
a) Sampel dan populasi peserta
b) Objektif penilaian
c) Kepentingan program latihan
d) Siapa yang akan menggunakan hasil penilaian
45.
Tuliskan satu kenyataan objektif penilaian yang terperinci untuk
mengubah pengetahuan peserta. Nyatakan apakah maklumat yang perlu, dan
bagaimana ianya dikumpul?
Jawapan:…………………..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan