Liku Kehidupan Sebenarnya Mematangkan Insan

Pengalaman dan kematangan seseorang terletak pada cara serta respon pada setiap keadaan yang timbul

20 Januari 2014

Masa Dan Keluargaku

Hari ini ku sedar,
Masa berlalu pergi tanpa memberi ruang penantian padaku

Setiap lamunan tidak lagi bererti
Andai diteruskan tanpa berbakti buat diri

Aku terharu,
Lebih tiga dekad bernafas dan berdiri di muka bumi,
Berpasangan dan dianugerahi sepasang pewaris
Bijak dan cekal berusaha ke arah pemajuan diri
Demikian usaha waris-warisku.

Jauh di sudut hati,
Adakah benar dan tulus aku melaksanakan tanggungjawab
Adakala terbabas punca sumber
Adakala menagih bantu dan simpati padanya
Jauh dari kemampuanku.

Redha,
Harapanku pada dirinya
Setiap hari menjana rezeki yang pasti
Akan kunjung tiba di kala penghujung bulan
Apakah aku penumpang dalam bayangan?
Mengharap agar kau menghalalkannya
Sebagai hadiah kehidupanku.

Suci murni tulus hatinya
Menyimpan rasa dan berbicara lunak
Harap keseronokan hidup tidak di dunia
Harap jadi bekalan di sana!

Usia diri kian bertambah,
Nota perjanjian hidup tamatnya bila,
Doaku agar dapat mengecapi nikmat kehidupan
Bersama keluargaku dan generasi pewarisku.

Aku yang sering ketinggalan perjalanan masa!

Hanya Aku Memahami Diri Ini

Tiada guna memendam rasa andai ia bukan milikku,
Tiada guna sesal andai ia bukan punca diriku,
Tiada guna bertutur kata andai tidak difahami akan isinya,
Tiada guna berhubung andai tiada kepentingannya,
Tiada guna menyampai khabar andai ia sekadar nista dusta,
Tiada guna senyum tawa andai ia khayalan tanpa usaha.

Bukan engkau!
Bukan kamu!
Bukan mereka!

Kerana hanya aku memahami diri ini,
Tersepit di balik polemik ciptaan manusia
Yang tersungkur ke arah kemahsyuran duniawi
Di dunia ciptaan Allah S.W.T. pinjaman olehNya
Sebagai pentas aksi manusia buat seketika.

Aku yang mendamba keampunanMu!

HasrinZakaria 20.01.2014 2.00pagi

31 Oktober 2013

Kitaran Perjalanan

Inilah yang dinamakan kitaran perjalanan,
hari ini kita dibuli lalu tersungkur,
esok kita diherdik lantas membawa diri,
lusa kita dimaki menjunam semangat diri,
hari-hari mendatang berbagai macam ujian ke atas diri.

Ironinya, 
sehingga hari ini kita masih manusia yang kekal berdiri,
menyumbang bakti selagi dijanjikan jaminan kehidupan.

Akan tiba ketika, 
suatu hari akan sedar diri,
bahawa kita kental mengharungi dugaan,
bahkan mereka yang lain ketika itu bergelut ,
membinasakan diri dengan keaiban dunia. 

Sedar atau tidak, 
kita sebenarnya adalah yang terbaik ,
berdiri di muka bumi ini,
Cekalkan hati, tingkatkan semangat,
melawan kelemahan emosi.  

Hasrin Zakaria

28 Ogos 2013

Hidupku keluargaku generasiku

Dulu sepi, tercari-cari di sebalik rimbunan halangan...
Akhirnya ku temu walau separuh ribu perjalanan..
Hati bertaut, bermadah kasih..
Janji diikat berwali bersaksi termeterai lafaz keluarga sakinah
Hidup dijulang memenuhi ruang hidup
Tawa riang generasi pewaris kelangsungan
Semoga bahtera hidup belayar hingga ke penghujung hayat
Abadi dan semaikan benih kebaikan kalian buatku
Di kala tamat kontrak kehidupan aku dan yang Esa.
Hidupku keluargaku generasiku.
HasrinZakaria.

10 Jun 2013

Tip Doa utk elak dari gangguan mahkluk halus

Tip Doa utk elak dari gangguan mahkluk halus(teknik mudah):
1-AL-Fatihah x1
2-3Qul x1
3-Ayat Qursi x1
4-Doa Nabi Yunus x7

Zikir Doa Nabi Yunus-Alanbiya 21:87

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

Dunia khayalan bukan duniaku

Milik siapakah itu ?
Inginku telan, terluah akhirnya
Binaan istana khayalan dunia
Entah di mana penghujungnya
Diiringi doa dan tawa
Semoga bertemu penambat hati
Hanya bait kata dapat
Ku kirim semoga hidup
Kalian bersinar limpahan rahmatNya

26 September 2012

Guna VPN pada Celcom BB Yang Habis Kuota

Ni dia bukti penggunaan VPN yang berjaya teman capture... boleh study kalau sesiapa yang berminat

14 Ogos 2012

... minat dan kepuasan adalah suatu kualiti yang sangat unik bagi setiap individu...

24 Julai 2012

Misteri dinding batu berjaluran di bilik PK

Sekadar untuk dikongsikan bersama... Minggu lepas saya masuk ke bilik Penolong Kanan Pentadbiran... melihatkan dinding/tembok batu di bilik PK 2 tona warna + berjalur-jalur serta kelihatan lembab... apabila dibandingkan dengan bilik PK Hem yang terletak di blok bersebelahan nyata ada perbezaan... Kedudukan bilik PK dan stor utama bahan kimia hanya dipisahkan oleh dinding batu sahaja! Maka bertanyalah saya kepada PK... "Apakah yang Tn Haji perasan sebarang perbezaan pd diri atau bilik Tn Haji selama berada di bilik ini?". Jawap PK, "Saya selalu rasa letih dah 2 tahun dok dlm bilik ni"... Ayat gempor saya berbunyi "Saya rasa tn haji berdepan dengan risiko oleh tindak balas / resapan bahan kimia yg terletak di sebelah dinding bilik haji".. (akan bersambung)

14 Mei 2012

Penggunaan mesin pengeram telur

manual penggunaan mesin pengeram telur

SEBELUM MENGGUNAKAN MESIN PERKARA DI BAWAH PERLU DI PASTIKAN :

1) cermin pada hadapan mesin tidak pecah, di khuatiri boleh mendatangkan kemalangan pada pengguna

2) mentol 5 watt sahaja di gunakan di dalam mesin tersebut ( warna tidak kisah )

3) terdapat bekas untuk di isi air di dalam mesin tersebut

4) Thermostat di dalam mesin menunjukkan bacaan 45c (bacaan ini boleh di laras naik dan turun) thermostat ni ada ralatnya sendiri. walaupun ia menunjukkan 45c tetapi bacaannya adalah lain. yg terbaik rujuk pada thermometer .





setelah di pastikan semua nya baik, maka proses untuk menggunakan mesin seperti di bawah ini :

langkah 1 : PROSES PENYEDIAAN MESIN PENGERAM

1) buka pintu mesin eram tersebut
2) bersihkan dalaman mesin tadi sekiranya terdapat kekotoran.
3) isikan bekas yg di sediakan di bawah rak telur dgn air hampir penuh. letakkan bekas berisi air tadi betul2 di bawah tray tempat telur .





4) pasang kan plug dan ON kan mesin eram tadi




selepas mesin terpasang selama 2 jam. mulakan langkah 2 : MELETAKKAN TELUR KE DALAM MESIN ERAM

4) letakkan semua telur di tray jaring yg di sediakan, baringkan sahaja dan tidak perlu di tegakkan. (sila baca berkaitan dengan telur)



5) gunakan pensel untuk menulis tarikh di setiap telur yang di masukkan agar mudah untuk di buat tindakan susulan.



langkah 2 : PROSES MENYUKAT SUHU SEBENAR DI DALAM MESIN ERAM

*note : untuk ideal suhu eraman telur ayam,itik,puyuh = 38.7,38.8,38.9,39.0,39.1,39.2c (mana2 satu bacaan yg di dapati dari thermometer digital seperti di atas adalah baik) untuk angsa = 39.0c sahaja

setelah selesai langkah 1, kita akan sukat suhu pula dengan cara menggunakan digital thermometer.



1) keluarkan digital thermometer dari kotaknya dan pasangkan bateri. tekan "button" bewarna hitam sekali sahaja untuk ON kan digital thermometer tadi.

*note: ada mesin yg menggunakan thermometer analog, tidak perlu di ikuti langkah ini. teruskan langkah seterusnya.

2) lekatkan hujung "digital thermometer" (besi) yg bertindak sebagai sensor pada sebiji telur dengan menggunakan "selotaip" . pastikan sensor tadi berada di atas telur, bukan di tepi atau di bawah telur.





3) tutup pintu mesin dan biarkan ia terpasang 24 jam tanpa henti





*note: sekiranya terputus bekalan elektrik, jangan di buka pintu mesin eram kerana ia boleh menyebabkan haba keluar dari mesin eram . mesin ini boleh bertahan tanpa tenaga elektrik selama 6 jam. bungkus mesin dengan kain tebal untuk mengelakkan haba keluar juga adalah satu idea yg bagus.


3) bacaan akan di ambil setelah 1/2 sekurang2 nya mesin terpasang jam mesin terpasang.

4) bacaan semasa lampu terpadam sahaja di ambil, jangan mengambil bacaan sewaktu lampu mula terpasang.ini kerana kita inginkan suhu kepanasan terakhir sahaja.

*note : suhu kepanasan di ambil selepas mentol terpadam , di sini baru la kita tahu suhu sebenar di dalam mesin eram tadi.

langkah 3 : PROSES MENGGOLEK TELUR

1) telur akan di golek atau di pusingkan sebanyak 3 kali sehari :

- selepas subuh/sebelum matahari terbit
- selepas zohor/semasa matahari tegak
- selepas maghrib/semasa matahari terbenam

*note: tidak kisah jam berapa pun. golek / pusing telur seperti orang bermain mahjung, jgn terlalu kasar agar telur tidak pecah. tujuan nya ialah untuk mengelakkan embrio di dalam telur tidak mati atau melekat.

langkah 4 : SULUH/TEROPONG TELUR

* note : bertujuan untuk mengasingkan telur yang boleh terus di eram dan juga telur yang harus di bawa keluar dari dalam mesin.

- gunakan lampu suluh untuk menyuluh telur.
- suluh telur pada hari ke-4 dan ke atas, kerana di waktu inilah telur2 yang sihat akan dapat di lihat jalur darah beserta titik hitam.
- letakkan semula telur yang dapat di lihat jalur darahnya. telur yang tidak dapat di lihat jalur darah perlu di berikan masa sehingga hari ke-7 sahaja. selepas dari itu haruslah di keluarkan dari mesin eram .

*note : jalur darah tadi seolah2 berbentuk labah2

langkah 5 : TELUR MENETAS

- telur yang mula meretak haruslah di pusingkan ke atas supaya anak ayam tidak lemas.
- jangan cuba pecahkan telur tadi , biarkan anak ayam keluar secara sendiri. tetapi boleh di bantu jika perlu.
-keluarkan kulit telur tadi dari dalam mesin eram dan buang di dalam tong sampah .

langkah 6 : ANAK AYAM MENGERING

- biarkan anak ayam yang telah menetas tadi berada di atas tray telur sehingga bulunya kering dan dia sudah tegap berdiri.

PENJAGAAN ANAK AYAM

- anak ayam berusia 3 hari di keluarkan dari mesin eram dan di letakkan di "brooder" dan di beri minum sahaja.
- pastikan terdapat lampu untuk bekalkan haba panas untuk anak ayam tadi.
- pada hari ke-4 anak ayam di beri makan dan minum. dedak halus sahaja di guna kan.

Kredit kepada: http://zali-agro-farm.blogspot.com

27 Disember 2011

25 Tanda-tanda Sakit

Artikel ini sangat bagus untuk rujukan kita semua. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.
Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
  • 1.MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)
  1. Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan Kita sedang dalam proses pembuangan toksin. Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  2. Keluar tahi Mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  3. Keluar air Mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  4. Ketegangan Mata Dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
  • 2.HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
  1. Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  2. Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  3. Bersin ;
A. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
B. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • 3.BATUK
  1. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  2. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa Hari memakan RG..
  3. Batuk Dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong Dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
  • 4.KERONGKONG
  1. Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  2. Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
  • 5.BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
  1. Bibir pucat
A. Sistem penghadaman yang lemah.
B. Perut mengandungi angin.
C. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
2. Bibir kering Dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
  • 6.MULUT DAN LIDAH  (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
  1. Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  2. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  3. Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
  • 7.TELINGA  (Berkaitan dengan buah pinggang)
  1. Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  2. Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
  • 8.KULIT BERPELUH :
A) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
B) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
  • 9.RUAM DAN BISUL 
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
  • 10.KULIT GATAL DENGAN RUAM
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
  • 11. KULIT PECAH DAN BERAIR 
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
  • 12. RAMBUT GUGUR 
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan  umbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
  • 13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
A. Sakit Sendi
  1. Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan Dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  2. Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
  3. Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
B) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
C) Kebas Tangan Kiri Dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
D) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
E) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.
F) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
G) Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
H) Gatal Celah-celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
  • 14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
I) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit
migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
  • 15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
A. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
B. MUNTAH DARAH
  1.  Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
  2.  Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
  • 16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
  • 17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari  kerongkong akibat jangkitan kuman
  • 18. KENCING
A) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
B) AIR KENCING BERKAPUR :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
C) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
berlemak.
D) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan
toksin sedang berlaku.
E) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
  • 19. BUANG AIR BESAR
A) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari
usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan
penyakit barah di bahagian usus besar.
B) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
C) NAJIS BERDARAH
  1. Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  2. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
D) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian
usus sedang berlaku.
  • 20. BADAN
A) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan?saluran darah.
  1. Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
  2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
  3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
B) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang
berlebihan.
C) BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan
toksin.
D) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang
berlaku.
  • 21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
  • 22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
  • 23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.
  • 24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
  1. Sistem jantung yang lemah.
  2. Sistem saraf otak yang lemah.
  3. Masalah pengaliran darah.
  • 25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.

17 Disember 2011

Usul: Peluang Kenaikan Pangkat Pembantu Makmal

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera!

Selaku perwakilan yang diamanahkan oleh ahli-ahli KSKM negeri Perak, dengan ini mengusulkan agar pihak jawatankuasa pusat dan seluruh pihak yang terlibat untuk memastikan proses memertabatkan pembantu makmal dapat dilaksanakan dengan penuh iltizam dan keikhlasan. 

Saudara dan saudari sekelian, kita harus sedar bahawa perjawatan pembantu makmal kini telah ditetapkan dengan nisbah 1 pembantu makmal kepada 1 makmal. Berdasarkan maklumat sedemikian, jumlah kuota pembantu makmal secara tidak langsung meningkat dan kebanyakkan sekolah tersedia lebih kurang 5 hingga 7 buah makmal. Ini bermakna seramai 5 hingga 7 orang pembantu makmal akan mengisi  perjawatan berdasarkan peruntukan waran. 

Saudara-saudari sekelian, adalah dicadangkan suatu usaha yang komprehensif dan jitu harus diberi keutamaan agar dapat mewujudkan lebih banyak peluang kenaikan pangkat buat pembantu makmal. Oleh itu, suatu usaha untuk mengubah dasar ketersediaan jawatan Pembantu Makmal C22 dan C26 yang selepas ini akan dikenali sebagai C4-3 dan C4-5 yang berasaskan kepada kewujudan tingkatan 6 aliran sains hendaklah dilakukan dengan segera. Penetapan kewujudan jawatan pembantu makmal C22 dan C26 bersandarkan ketetapan sedemikian adalah LAPUK dan tidak sesuai dipraktikkan untuk masa kini dan hadapan. 

Adalah dicadangkan agar kewujudan jawatan C22 dan C26 di seluruh agensi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah berkisar kepada jumlah pelajar yang menggunakan makmal untuk tujuan P&P sebagaimana kewujudan Pembantu Tadbir N22 dan N26 di sekolah-sekolah. Dengan kaedah ini, kami percaya keseimbangan peranan pembantu makmal dalam organisasi akan lebih stabil dan mengurangkan kemungkinan salah guna kuasa atau penindasan terhadap pembantu makmal oleh pihak yang berkepentingan. 

Jika usaha ini berjaya direalisasikan, akan wujud lebih banyak peluang kenaikan pangkat pembantu makmal yang bertugas di lebih 2,282 buah sekolah menengah, kolej matrikulasi dan IPG.

Adalah menjadi harapan agar usul ini mendapat sokongan dari saudara dan saudari perwakilan yang ada disini.

Sekian, terima kasih.

(Teks disediakan oleh Z.Z.Hasrin, SMKKJ, Sg Sumun, Perak)

Aku dan Carlton Holiday Hotels & Suites

Tenang dan bersahaja dalam keadaan mengantuk. Itulah keadaan aku ketika ini setelah masa melewati jam 12 tengah malam di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam, Selangor.

Sungguh pun berbagai aneka juadah santapan malam disediakan, namun aku tidak merasakan wajar untuk diriku mendominasi kaedah pemakanan yang tidak sihat. Aku cukup sekadar sepinggan juadah yang ringkas demi mengalas perut bekalan hari esok.

Tempoh aku di sini adalah selama 3 hari 2 malam untuk 'memerhatikan' perjalanan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11, Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Kementerian Pendidikan Semenanjung Malaysia yang bakal disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Haji Omar Osman selaku Presiden CUEPACS.

Semestinya isu panas SBPA yang kini umpama suatu perangkap berbahaya buat penjawat awam menjadi tumpuan oleh saudara Presiden Cuepacs. Akan ada sidang akhbar yang bakal berlangsung selepas perasmian oleh saudara Presiden Cuepacs.

Aku kurang pasti terhadap kenyataan oleh SUA KSKM mengenai cadangan pemilihan Pemeriksa Kertas Undi, segalanya seolah-olah ada udang galah disebalik mee sup. Namun siapalah aku untuk mempertikaikannya.

Ada benarnya apabila beberapa orang perwakilan yang aku temui menyatakan suasana pelik yang sedang 'berlangsung' dalam kesatuan ini. Manakan tidak, segalanya dimaklumkan di saat-saat akhir. Malah jauh lebih menghairankan kenyataan tersebut seolah-olah telah dirancang secara halus.

Aku kini sedar bahawa kesatuan atau persatuan bukan lagi medium yang benar-benar tulen untuk menjaga dan memelihara kebajikan ahlinya. Saat ini aku berpendapat ramai yang berkejaran untuk menjawat kedudukan tinggi dalam kesatuan. Malahan tidak kurang juga usaha si penyandang untuk mengekalkan jawatannya.
Kehairanan aku semakin menebal apabila kertas undi dan sampul kertas undi ditanda dengan nombor keahlian kesatuan, apakah peranan kertas undi yang berstatus sulit? Kedua, ramai perwakilan hairan mengapa kesatuan tidak menyertakan setem untuk setiap kertas undi yang diedarkan kepada ahli. Selain itu, tidak ada satu pun badan berkecuali yang menjalankan tugas dalam memastikan ketelusan perjalanan pemilihan jawatankuasa pusat.

Segalanya amat menghairankan! Tetapi aku lagi hairan, kerana dibayar sejumlah RM50.00 untuk kehadiran. Syukur! Walaupun jumlah tersebut cukup-cukup untuk perbelanjaan mengisi tangki minyak keretaku. Cukuplah walau pun hanya mampu mengisi minyak jenis RON95.

Akhirnya, aku menemui ramai di kalangan mereka yang hanya dikenali menerusi laman sesawang sosial 'Buku Muka'.

Lain kali sambung lagi!

12 Disember 2011

Hidup & Dugaan

Aku berharap
Titian perjalanan hidupku penuh dengan kemanisan
Aku juga mengharapkan
Sebuah kehidupan yang penuh kasih dan sayang
Aku tidak inginkan
Gangguan pihak ketiga yang mengubah haluan perlayaran hidupku
Aku pasti
Kehidupan yang ada perlu diteruskan
Aku kesal
Pengorbanan yang berlalu tanpa muhasabah
Aku benci
Bila kata nista dan fitnah menular ke dalam hidupku
Aku sedar
Kehidupan yang diharungi ini hanyalah sementara
Aku mencari
Kesudahan yang abadi dan bermakna buatku
Aku redha
Andai ketentuanNya mengujiku
Aku siapsiaga
Menghadapi ujianNya
Dan
Aku percaya
UjianNya hanyalah ditujukan buat hambaNya yang benar-benar
Mampu mendepaninya
Walau apa pun yang meduga
Namun harapanku
Agar ujianNya dipermudahkan
Aku hanya hambaNya yang lemah.

Andai esok tiada lagi

Tatkala aku leka melewati tempo masa semahal emas
Apakah mampu aku melangkauinya?
Tika aku sedang bergelumang dengan keseronokan dunia
Apakah masih ada sinar harapan buatku di masa muka?
Seandainya esok tiada lagi sinar mentari
Apakah kegelapan terus melenyapkan segalanya?
Andai kata tutur kata yang dilaung membuka pekung
Apakah masih ada ruang untuk menyembunyikannya?
Bagaimana pula andai esok tiada lagi untuk diriku
Apakah lenyapnya aku selamanya?
Apakah punah segala impian yang masih belum berkesudahan?
Apakah pewarisku mengalas beban yang ditinggalkan?
Apakah segala bakti lenyap dari ingatan mereka?
Apakah diriku sempat bernoktahkan sebuah penanda yang dua?
Apakah akan aku dikirimi pahala dan ganjaran?
Apakah aku dikenangi selamanya?
Andai esok tiada lagi buat diriku.