Liku Kehidupan Sebenarnya Mematangkan Insan

Pengalaman dan kematangan seseorang terletak pada cara serta respon pada setiap keadaan yang timbul

16 Januari 2010

Tugasan Pembangunan Sumber Manusia (HRD)

  Sungguh pun agak sibuk dengan jadual P&P di sekolah, saya bersyukur kerana masih sempat mengumpul bahan ilmiah serta rujukan-rujukan yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Sehingga hari ini saya telah menyiapkan kira-kira 30% pembentukan dan pembinaan laman web sebagaimana yang dikehendaki oleh pensyarah subjek DCE 3001.

  Menyedari hakikat yang nyata, saya berusaha mendapatkan sumber rujukan di EZ Proxy, UPM dan membeli beberapa buah buku sebagai bantuan dan sumber bagi memenuhi kehendak tugasan. Malangnya, bukan semua buku-buku boleh didapati dengan mudah. Ada juga buku-buku yang dibeli secara online memandangkan tiada stok di kedai buku yang telah saya singgah dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan.

  Insyaallah dengan izinNya, tugasan-tugasan yang diberikan akan disempurnakan sebelum tamat penghantaran. Buat masa ini , saya menumpukan perhatian terhadap pembinaan laman web sebagai langkah permulaan menyiapkan tugasan yang diberikan.

"Ilmu itu sangat indah, namun disebaliknya tersirat pelbagai inspirasi dan penyelesaian yang bakal diadaptasi oleh manusia"-Mohd Zainor Hasrin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan