Liku Kehidupan Sebenarnya Mematangkan Insan

Pengalaman dan kematangan seseorang terletak pada cara serta respon pada setiap keadaan yang timbul

21 Februari 2010

Kerana Assignment... Kepala Pening....

Assalamualaikum....

Minggu ini merupakan hari-hari yang agak sibuk untuk saya. Apatah lagi keputusan peperiksaan SPM dijangka bakal diumumkan tidak lama lagi. Manakala ujian pertengahan semester pula bakal berlangsung pada 5-7 Mac 2010 dan ada tugasan yang perlu diselesaikan dalam masa tempoh terdekat.

Nampaknya perlulah saya mengagihkan masa untuk pembelajaran dan kerjaya sebaik-baiknya. Itulah hakikat yang perlu saya hadapi, ramai juga pelajar PJJ yang telah berjaya menamatkan pengajian (maknanya saya pun boleh buat). Sungguh pun agak pening kepala, saya tekad untuk memastikan keseluruhan perjalanan pengajian dan kerjaya berlangsung dengan lancar.

Cukup beruntung! Itu ungkapan saya sewaktu mengenangkan kesungguhan tutor-tutor membantu saya menjana idea. Rasa-rasanya saya adalah manusia paling beruntung kerana hadir kelas tutorial seorang diri, berkemungkinan saya adalah pelajar tunggal BSHRD 1 di pusat tutorial untuk semester ini.

Insyaallah saya akan menggunakan seluruh idea, saranan dan komen oleh tutor. Sungguh pun mereka (tutor) bersama-sama saya selama 4 jam, reasi mereka jelas menunjukkan kesungguhan untuk membantu pelajar seperti saya. Syukur tidak terhingga ke hadratNya kerana dikurniakan insan-insan yang bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya.

Apa pun, pening kepala masih belum berakhir tugasan masih ada 3 set untuk diselesaikan. Di tempat kerja pula, hampir 300 keping sijil perlu dicetak sebelum keputusan SPM diserahkan kepada pelajar.

"Kata orang, pening kepala bawa diri makan ubat. Kata saya, pening kepala bawalah diri berehat atau tidur" - Mohd Zainor Hasrin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan