Liku Kehidupan Sebenarnya Mematangkan Insan

Pengalaman dan kematangan seseorang terletak pada cara serta respon pada setiap keadaan yang timbul

06 Ogos 2011

Jumaat yang santai

Sungguh pun penat memerah minda, tugasan pelajaran dan hakiki tetap dijalankan. Kadang-kala rasa janggal apabila hadir ke sekolah dengan hanya berbaju Melayu Johor sekembali dari menunaikan solat Jumaat. Hari ini jadual tidaklah sepadat hari Selasa. 

Cukup tenang dan santai, itulah gambaran yang sesuai bagi menyatakan suasana di sekolah pada hari Jumaat. Kesempatan yang sebegini biasanya diisi dengan melaksanakan tugasan yang masih berbaki 7 hari lagi untuk dihantar kepada pensyarah.

Sungguh pun masa yang berbaki lebih dari mencukupi, rasanya tidak perlu untuk mengambil risiko menyiapkan tugasan di penghujung tarikh penghantaran. Alhamdulillah sehingga hari ini telah siap 2 tugasan PJJ... ada lagi 5 tugasan sedang menanti dan perlu dihantar penghujung September 2011. 

......
"Sungguh pun segalanya adalah takdir, sebaik-baik jalan adalah memperbaiki dan berusaha untuk sebuah kehidupan yang sempurna" - Mohd Zainor Hasrin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan