Liku Kehidupan Sebenarnya Mematangkan Insan

Pengalaman dan kematangan seseorang terletak pada cara serta respon pada setiap keadaan yang timbul

14 Oktober 2011

Aku Sedar!

SEDAR! 
Usiaku semakin hari semakin meningkat bilangannya, namun perjalanan hidupku masih banyak yang perlu diperbaiki. 

Dulu aku sendiri mengharungi liku kehidupan, kini bertemankan permaisuri dan putera hati. 

Dulu segala kepayahan aku lindungi disebalik diriku, kini segala kesedihan berlalu pergi.

Dulu aku sengsara melalui hidup, kini aku berharap suatu kebahagiaan.

Insyaallah akan aku tempuhi segala dugaan sungguh pun ada tikanya aku menoleh kebelakang
memastikan tiada yang tercicir.

Buat permaisuri hatiku,
Aku sedar segala gurau sendaku amat tajam dan menyeksakan, adakala jatuh berderai airmata mu.
Aku sedar aku telah mengguris hatimu, tetapi itu bukan maksudku untuk menyemai benih luka di hatimu.
Aku sekadar mahu hilangkan segala prasangka agar lebih bersedia di masa hadapan.
Aku menyedari tanggungjawabku ke atas permaisuri dan puteraku amat besar, namun apakan daya sempadan
memisahkan kita demi sebuah kelangsungan hidup.

Maafkan aku tatkala sebuah bahtera terpaksa berlayar tanpa nakhoda.
Aku sedar kelemahan itu datangnya dari aku.
Aku mohon akan dihalalkan segalanya, bukan kerana lupa.
Aku mengharap, aku berserah padaNya semoga dilangsungkan usia ikatan pernikahan sehingga ke akhir hayat.
Amin!

Z.Z.Hasrin, Teluk Intan, Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan