Liku Kehidupan Sebenarnya Mematangkan Insan

Pengalaman dan kematangan seseorang terletak pada cara serta respon pada setiap keadaan yang timbul

18 Disember 2009

Demi Masa!

Demi masa! Itulah kenyataannya, dalam apa jua keadaan masa yang berlalu tidak akan mungkin kembali bersama. Harapan dan impian yang disemai sejak mengenal erti azam kini berada dipertengahan jalanan. Kadang-kala hati terukir sebuah pertanyaan, apakah setiap manusia bernasib baik? Adakah ruang dan perjalanan yang ku tempuhi ini cukup sebagai bekalan di hari perhitungan?

Demi masa!

Aku merasakan suatu kerugian kerana mensia-siakan setiap langkah-langkah dan ungkapan sesuatu yang tidak berfaedah. Adakala pernah aku terfikir perlu atau patut aku berdiam diri dengan setiap dugaan yang hadir dalam diri ini.

Demi masa!

Sesungguhnya aku sentiasa mengharap dapat mengapai impian dan cita-cita yang diimpikan selama ini. Aku pasrah dan berserah kepadaNya, mudah-mudahan segala-galanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Sebagai seorang manusia, aku tidak pernah terlepas dari leka sepanjang perjalanan masa.

Demi masa!

Akan aku kejar semua cita-cita dan impian sungguh pun banyak pengorbanan yang harus ditempuhi dan jelajahi. Dahulu aku lupa dan leka dibuai mimpi, kini aku sedar bahawa setiap detik masa itu amat berharga!

Demi masa!

Aku sedaya upaya memaksimumkan seluruh usaha dan perjuangan demi sebuah kehidupan yang diredhaiNya

Insyaallah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan