Semalam merupakan hari kedua di UPM, saya menghadiri sesi taklimat program oleh penyelaras PSM. Kemudian diikuti dengan kuliah DCE3101 yang disampaikan oleh Prof. Dr. Hjh. Aminah Ahmad yang berlangsung kira-kira 2 jam.
Mood dan semangat yang sebelum yang luntur sebelum ini. kembali membara dan bertambah marak dengan pengisian yang benar-benar membuka iltizam saya untuk melaksanakan tanggungjawab hingga ke noktah terakhir sepanjang tempoh pengajian.
Tugasannya sungguh pun agak baru bagi saya dan kekurangan pengalaman untuk mencanang idea, saya percaya berbekal semangat dan iltizam yang ada mampu melaksanakan tugasan tersebut.
Kini baru saya perasan bahawa hanya 6 orang sahaja pelajar dari pusat pembelajaran Ipoh dan majoriti yang mendaftar datangnya dari kawasan Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan