8 Januari 2009 - adalah tarikh bersejarah untuk saya kerana kembali ke alam pembelajaran, setelah sekian lama meninggalkan alam pembelajaran. Kali ini Pembangunan Sumber Manusia (HRD) menjadi pilihan sebagai laluan merealisasikan impian.
Pada mulanya, saya bersangka akan kehadiran yang ramai sewaktu pendaftaran pelajar baru. Terbayang-bayang akan kesesakan dan kesibukan ramai hadiran. Jangkaan saya rupanya meleset, pendaftaran pelajar berlangsung sekitar 30 minit ke 45 minit.
Masa urusan yang singkat dan mudah, membolehkan saya bersantai di South City sebelum menuju ke Masjid Putrajaya dan kembali ke UPM untuk menghadiri sesi taklimat dan ikrar pelajar baru yang bermula sekitar 4 petang.
Sesi taklimat dan ikrar pelajar baru berlangsung dari pukul 4.00 petang dan berakhir pada jam 6.10 petang, suatu jangka masa yang telah terlajak dari tempoh asal sebagai mana yang tertera pada tentatif.
Jalan yang basah serta kesesakan lalulintas yang berlanjutan membantutkan perjalanan pulang ke rumah di Pantai Dalam.
Kini aku adalah seorang pelajar, penjawat awam dan segalanya untuk diri sendiri.
Sekian
"Adakala kita membisu kerana tidak mengerti, adakala kita berhujah kerana adanya nas"-Mohd Zainor Hasrin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan