Liku Kehidupan Sebenarnya Mematangkan Insan

Pengalaman dan kematangan seseorang terletak pada cara serta respon pada setiap keadaan yang timbul

22 Januari 2010

Menanti, menunggu kehadiranya....


Saban hari masa berlalu pergi, saya tidak pasti apa lagi yang bakal berlaku di masa hadapan. Setiap yang hadir kini berlalu pergi, sungguh pun ianya tidak direlakan. Saya menerima segala keadaan seadanya dan cuba memahami maksud serta hikmahnya.

            Kini usaha digembeling untuk merealisasikan persembahan mantap yang bakal diaplikasikan pada setiap tugasan. Insyaallah dengan izinNya akan siap jua sungguh pun berbekal seberkas buku-buku yang diperolehi dari gedung buku sebagai sumber ilham demi merencana tugasan yang penuh makna.

            Alhamdulillah, syukur saya kerana berjaya menyiapkan salah satu tugasan yang pada mulanya merupakan beban yang perlu dipikul. Kini bebanan beralih kearah dua tugasan lain, hasilnya baru 25% siap. Kekurangan sumber rujukan yang berkaitan telah menyebabkan tugas ini tertangguh buat seketika menanti kedatangan buku-buku yang telah dipesan menerusi portal maya.

            Canggih dan mudah! Itulah ungkapan yang mampu saya tuturkan di atas kehebatan membeli belah secara maya. Sinopsis disediakan memperlihatkan isi kandung sesebuah bahan terbitan, kemudian saya berpeluang membuat tempahan dan pesanan di kala jam 2.00 pagi. Sekeping kad sahaja memadai untuk membuat bayaran sehingga ribuan ringgit.

            Penantian saya kini berterusan, menanti segala-galanya hadir. Apakah masih ada kehadiran buat saya? Mengamit impian, mengulit mimpi yang indah disiang hari. Saya tetap menanti walau pun ianya suatu penyeksaan yang tidak tertanggung.

“Sebuah buku yang dijilidkan membawa maksud yang sempurna, sekeping kertas yang dikarang membawa maksud seribu makna”-Mohd Zainor Hasrin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan