Liku Kehidupan Sebenarnya Mematangkan Insan

Pengalaman dan kematangan seseorang terletak pada cara serta respon pada setiap keadaan yang timbul

25 Mac 2010

Impian Ku... Adakah Realiti?

Sungguh pun minggu-minggu yang dilalui agak sibuk serta keadaan cuaca panas terik, bersyukur saya kerana masih lagi dapat meneruskan perjalanan kehidupan ini. Terlalu banyak aktiviti yang perlu dijalankan berbanding bulan-bulan yang lepas.

Alhamdulillah bersyukur ke hadratNya kerana dengan izinNya jualah saya dapat mengenali seseorang yang lain. Walau pun bukan secara langsung atau bersemuka, hakikatnya tetap nyata dan  sama seperti yang diharapkan. Nampaknya komunikasi tanpa sempadan kini mampu menjadi sumber berhubungan yang baik dan mesra pengguna.

Insyaallah sekiranya tiada sebarang halangan dalam tempoh terdekat ini, saya akan menjejakkan kaki ke teratap kehidupannya. Di sana saya cuba mengenali secara langsung seisi rumah.

Apa pun saya perlu berserah padaNya dalam membuat sebarang keputusan. Seandainya dia merupakan tulang rusukku mohon dipermudahkan segala urusan dan perjalanan.

Wassalam

"Hidup & mati seseorang insan bukanlah terletak pada kekuasaan manusia tetapi Allah SWT yang menentukan segalanya". - Mohd Zainor Hasrin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan