Jumaat 05 Mac 2010
Menduduki ujian pertengahan semester Penggunaan Komputer Dalam Pembangunan Sumber Manusia. Soalan boleh tahan juga, ada yang hampir-hampir sama jawapan dan ada juga yang cukup mengelirukan. Biasalah bila orang tua yang menduduki peperiksaan. Daya ingatan dah kurang bukannya seperti usia 20 tahun dulu.
Sabtu 06 Mac 2010
Di sebelah pagi, subjek Andragogi (pendidikan dewasa). Sungguh pun modul serta rujukan terhad, rasanya macam tiada masalah untuk menjawap semuanya objektif
Petangnya pula menduduki peperiksaan Pembangunan Sumber Manusia (PSM), kalau dah namanya ingatan lemah, huru-hara juga lah menjawabnya. Terlalu banyak soalan tertentu kepada teori-teori, memang sah "tembak" jawapan. Kalau nasib baik, baiklah jawapnya. Kalau tidak, malanglah jawabnya.
Apapun saya berpuashati kerana dapat menduduki peperiksaan dan berharap agar andragogi sebagaimana yang dilaung-laungkan tidak disamakan dengan pelajar in-kampus. Biasalah semuanya orang tua yang dah bekerjaya dan mempunyai peranan serta tanggungjawab yang menghadkan aktiviti pembelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan