Liku Kehidupan Sebenarnya Mematangkan Insan

Pengalaman dan kematangan seseorang terletak pada cara serta respon pada setiap keadaan yang timbul

17 April 2010

Hari Yang Membahagiakan...

Assalamualaikum w.b.t.

Bersua lagi kita setelah beberapa ketika menyepi. Bukan kerana apa, cuma sibuk dengan tugasan seharian. Alhamdulillah, semua tugasan UPM telah selesai disiapkan. Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

Hujung minggu ini merupakan penentuan kepada pembelajaran sepanjang semester ini. Ujian akhir semester semestinya wajib ditempuhi oleh setiap insan yang bergelar mahasiswa IPT. Saya pun tidak terlepas, bahkan terpaksa mengulangkaji subjek-subjek yang telah didaftarkan.

Minggu ini merupakan hari yang agak membahagiakan diriku kerana hati sentiasa 'senang'. Perjalanan hidup semakin hari semakin mudah rasanya. Harap-harap perubahan sebegini membahagiakan.

Sebagai seorang penjawat awam, saya perlu memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Segala-galanya berkaitan dengan tugasan. Sungguh pun risiko bertugas di makmal agak  'bagus'. Saya percaya keadaan sedemikian boleh diperbaiki.

Apa pun saya mengharapkan hari yang membahagiakan menjelma dalam hidup ini. Bulan ini juga merupakan bulan kelahiran saya dan saban hari usia semakin meningkat tanpa menoleh ke belakang.

Insyaallah ada kelapangan saya akan terus berkongsi pengalaman yang dialami.

Sekian wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan