Assalamualaikum...
Bertuah sungguh! Itulah ungkapan yang mampu aku luahkan setakat ini, sungguh pun masih ada ayat lain lebih bermakna dan mendalam. Alhamdulillah segala usaha sehingga hari ini diizinkanNya untuk berlangsung sebaik-baiknya. Mungkin ada yang mengetahui situasi dan keadaan aku, cuma buat masa ini adalah lebih baik untuk aku berehat buat seketika.
Insyaallah, 23-25 April 2010 merupakan tarikh keramat buat diriku yang bergelar pelajar IPTA. Pada ketika itu, aku bakal menduduki peperiksaan akhir semester yang melibatkan 4 subjek yang didaftarkan. Semoga perjalanan pengajianku berjalan dengan lancar.
Rasa-rasanya perjalanan hidupku kini agak lebih tenang berbanding sebelumnya, harap-harap ianya berpanjangan selamanya selagi diriku masih bernaung di muka bumi Allah. Aku percaya akan wujud bantuan sokongan dan dorongan untuk memastikan diriku sentiasa berusaha mengorak kejayaan. Mudah-mudahan ianya adalah realiti.
Seindah mimpi yang mendatangi nyenyak malam, itulah harapan ku.. semoga menjadi kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan