Liku Kehidupan Sebenarnya Mematangkan Insan

Pengalaman dan kematangan seseorang terletak pada cara serta respon pada setiap keadaan yang timbul

19 April 2010

Usia dan kehidupan

Usiaku kini telah pun melepasi aras 29 tahun. Itulah realiti sebenar kehidupan yang harus aku jalani. Pernah sekali sekala terfikir sampai bila harus aku begini, ada juga aku mengimpikan sebuah kehidupan yang aman, harmoni dan penuh keriangan.

Aku sedar akan kedudukan dan kehidupan yang sedang dilalui oleh diriku ini. Sungguh pun banyak halangan yang mendatang, aku percaya setiap yang muncul sebenarnya merupakan ujian untuk diriku yang bergelar manusia yang menumpang di muka bumi ini.

Kesetiaan seorang 'kawan', malah kesungguhannya untuk memahami dan mengenali perwatakan dan sifat diriku membuatkan aku 'rebah' untuk sebuah hubungan yang lebih baik. Alhamdulillah, teknologi maklumat dan komunikasi banyak membantu kehidupanku. Aku mengharapkan sebuah hubungan yang erat dan kukuh untuk selama-lamanya aku hidup di dunia ini.

"Ya Allah redhailah hubungan ku ini, semoga dia merupakan yang terbaik untuk diriku. Ya Allah permudahkanlah setiap urusanku. Ya Allah aku mendambakan sebuah jalinan ikatan yang halal dan sempurna sebagai melengkapi perjalanan kehidupanku. Ya Allah! Aku percaya bahawa setiap umat manusia yang dicipta oleh mu adalah berpasang-pasangan, maka aku berharap temanku ini menjadi pasanganku.".

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan