Ungkapan tersebut mungkin sesuai memperihalkan apa yang berlaku pada hari lalu. Segalanya mempunyai hubung kait dengan kehidupan saya sebagai hamba Allah.
Saya percaya setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza-beza terhadap lain. Ada yang berbentuk positif, ada juga yang terarah ke bentuk negatif. Apa pun tanggapan yang diberikan saya percaya bahawa setiap darinya ada baik dan buruknya.
Terlintas di benak hatiSebagai penjawat awam yang telah bertugas lebih 7 tahun, saya terpukul dengan apa yang berlaku pada 8 haribulan April 2011 sewaktu dipanggil mengadap ketua jabatan. Tidak dinafikan bahawa sebelum ini saya pernah melakukan kesilapan, namun perlukah diulang-ulang pernyataan tersebut semata-mata ingin mengaitkan dangan perkara lain. tanggapan saya terhadap seorang ketua jabatan wanita yang berusia lebih 50 tahun ini adalah seorang wanita yang mempunyai kerjaya, keluarga dan kelulusan akademik merupakan seorang yang gemar mencari 'masalah' di kalangan orang bawahan dan seringkali membentuk 'peraturan alam' yang kerap kali memakan tuan.
"Saya adalah ..... di sini jadi peraturan saya perlu diikuti" antara ungkapan yang terpancul dari mulut seorang ketua jabatan yang sebelum ini merupakan 'Guru Cemerlang Kimia' suatu ketika masa dulu.
Terkenang pula akan saya suatu ketika menetap di Kompleks Perumahan Pendidikan yang terletak bersebelahan dengan SK Perwira, Teluk Intan lebih 10 tahun lalu, di mana ketika itu ketua jabatan tinggal di tingkat bawah C1 manakala saya tinggal bersama bapa saudara di tingkat 3. Ketua jabatan di saat itu lupa bahawa suatu ketika dahulu dia adalah seorang guru biasa. Sebaik sahaja menjadi ketua jabatan di tempat kerja saya, terlalu banyak peraturan dan dokumentasi yang direncanakan atas kertas... Perlaksanaannya?... Entah ke mana.
Sehinggakan wujud surat layang ke NUTP dan JPN berpunca dari aktiviti dokumentasi sepanjang bulan Januari hingga Februari 2011 berjumlah 33 kali mesyuarat hingga menjejaskan sesi akademik dan fungsi ibu bapa yang bekerja sebagai guru terhadap anak-anak mereka yang rata-rata masih bersekolah di sekolah rendah dan menengah.
Sebagai mana yang pernah saya nyatakan, ada juga peraturan yang dibuat oleh ketua jabatan ini memakan diri... Sudah tentu makan tuan, sebabnya mudah - terlalu mengongkong pekerja yang terdiri daripada guru, kakitangan dan individu yang berurusan dengan sekolah.
Apakah perlu dokumentasi yang kemas semata-mata untuk menaikkan nama dan reputasi individu semata-mata? Siapa dapat nama dan penghargaan... Arahan bertalu dan peraturan rimbat yang pelik perlu dituruti mengundang rasa tidak hormat terhadap sang Ketua Jabatan. Hakikatnya tiada lagi keseronokan bekerja dalam organisasi apabila ketua jabatan adalah seorang yang suka dokumentasi, mesyuarat, mengubal peraturan alam dan sebagainya.
"Aku dah serik"... "Katakan x mau terhadap ketua jabatan yang bertindak tanpa timbang rasa"...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan