Liku Kehidupan Sebenarnya Mematangkan Insan

Pengalaman dan kematangan seseorang terletak pada cara serta respon pada setiap keadaan yang timbul

17 Disember 2011

Usul: Peluang Kenaikan Pangkat Pembantu Makmal

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera!

Selaku perwakilan yang diamanahkan oleh ahli-ahli KSKM negeri Perak, dengan ini mengusulkan agar pihak jawatankuasa pusat dan seluruh pihak yang terlibat untuk memastikan proses memertabatkan pembantu makmal dapat dilaksanakan dengan penuh iltizam dan keikhlasan. 

Saudara dan saudari sekelian, kita harus sedar bahawa perjawatan pembantu makmal kini telah ditetapkan dengan nisbah 1 pembantu makmal kepada 1 makmal. Berdasarkan maklumat sedemikian, jumlah kuota pembantu makmal secara tidak langsung meningkat dan kebanyakkan sekolah tersedia lebih kurang 5 hingga 7 buah makmal. Ini bermakna seramai 5 hingga 7 orang pembantu makmal akan mengisi  perjawatan berdasarkan peruntukan waran. 

Saudara-saudari sekelian, adalah dicadangkan suatu usaha yang komprehensif dan jitu harus diberi keutamaan agar dapat mewujudkan lebih banyak peluang kenaikan pangkat buat pembantu makmal. Oleh itu, suatu usaha untuk mengubah dasar ketersediaan jawatan Pembantu Makmal C22 dan C26 yang selepas ini akan dikenali sebagai C4-3 dan C4-5 yang berasaskan kepada kewujudan tingkatan 6 aliran sains hendaklah dilakukan dengan segera. Penetapan kewujudan jawatan pembantu makmal C22 dan C26 bersandarkan ketetapan sedemikian adalah LAPUK dan tidak sesuai dipraktikkan untuk masa kini dan hadapan. 

Adalah dicadangkan agar kewujudan jawatan C22 dan C26 di seluruh agensi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah berkisar kepada jumlah pelajar yang menggunakan makmal untuk tujuan P&P sebagaimana kewujudan Pembantu Tadbir N22 dan N26 di sekolah-sekolah. Dengan kaedah ini, kami percaya keseimbangan peranan pembantu makmal dalam organisasi akan lebih stabil dan mengurangkan kemungkinan salah guna kuasa atau penindasan terhadap pembantu makmal oleh pihak yang berkepentingan. 

Jika usaha ini berjaya direalisasikan, akan wujud lebih banyak peluang kenaikan pangkat pembantu makmal yang bertugas di lebih 2,282 buah sekolah menengah, kolej matrikulasi dan IPG.

Adalah menjadi harapan agar usul ini mendapat sokongan dari saudara dan saudari perwakilan yang ada disini.

Sekian, terima kasih.

(Teks disediakan oleh Z.Z.Hasrin, SMKKJ, Sg Sumun, Perak)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan