Liku Kehidupan Sebenarnya Mematangkan Insan

Pengalaman dan kematangan seseorang terletak pada cara serta respon pada setiap keadaan yang timbul

17 Disember 2011

Aku dan Carlton Holiday Hotels & Suites

Tenang dan bersahaja dalam keadaan mengantuk. Itulah keadaan aku ketika ini setelah masa melewati jam 12 tengah malam di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam, Selangor.

Sungguh pun berbagai aneka juadah santapan malam disediakan, namun aku tidak merasakan wajar untuk diriku mendominasi kaedah pemakanan yang tidak sihat. Aku cukup sekadar sepinggan juadah yang ringkas demi mengalas perut bekalan hari esok.

Tempoh aku di sini adalah selama 3 hari 2 malam untuk 'memerhatikan' perjalanan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11, Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Kementerian Pendidikan Semenanjung Malaysia yang bakal disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Haji Omar Osman selaku Presiden CUEPACS.

Semestinya isu panas SBPA yang kini umpama suatu perangkap berbahaya buat penjawat awam menjadi tumpuan oleh saudara Presiden Cuepacs. Akan ada sidang akhbar yang bakal berlangsung selepas perasmian oleh saudara Presiden Cuepacs.

Aku kurang pasti terhadap kenyataan oleh SUA KSKM mengenai cadangan pemilihan Pemeriksa Kertas Undi, segalanya seolah-olah ada udang galah disebalik mee sup. Namun siapalah aku untuk mempertikaikannya.

Ada benarnya apabila beberapa orang perwakilan yang aku temui menyatakan suasana pelik yang sedang 'berlangsung' dalam kesatuan ini. Manakan tidak, segalanya dimaklumkan di saat-saat akhir. Malah jauh lebih menghairankan kenyataan tersebut seolah-olah telah dirancang secara halus.

Aku kini sedar bahawa kesatuan atau persatuan bukan lagi medium yang benar-benar tulen untuk menjaga dan memelihara kebajikan ahlinya. Saat ini aku berpendapat ramai yang berkejaran untuk menjawat kedudukan tinggi dalam kesatuan. Malahan tidak kurang juga usaha si penyandang untuk mengekalkan jawatannya.
Kehairanan aku semakin menebal apabila kertas undi dan sampul kertas undi ditanda dengan nombor keahlian kesatuan, apakah peranan kertas undi yang berstatus sulit? Kedua, ramai perwakilan hairan mengapa kesatuan tidak menyertakan setem untuk setiap kertas undi yang diedarkan kepada ahli. Selain itu, tidak ada satu pun badan berkecuali yang menjalankan tugas dalam memastikan ketelusan perjalanan pemilihan jawatankuasa pusat.

Segalanya amat menghairankan! Tetapi aku lagi hairan, kerana dibayar sejumlah RM50.00 untuk kehadiran. Syukur! Walaupun jumlah tersebut cukup-cukup untuk perbelanjaan mengisi tangki minyak keretaku. Cukuplah walau pun hanya mampu mengisi minyak jenis RON95.

Akhirnya, aku menemui ramai di kalangan mereka yang hanya dikenali menerusi laman sesawang sosial 'Buku Muka'.

Lain kali sambung lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan