Liku Kehidupan Sebenarnya Mematangkan Insan

Pengalaman dan kematangan seseorang terletak pada cara serta respon pada setiap keadaan yang timbul

31 Disember 2009

Cukup Ke... Kehendak ? Keperluan?

Merancang kewangan atau berbelanja semberono, yang mana satu patut menjadi amalan kita? Dewasa kini, kita sering dipujuk rayu dengan berbagai-bagai promosi dan pengiklanan. Adakala simpanan untuk masa hadapan menjadi korban demi memenuhi kehendak manusia yang kadangkala mengundang kekesalan di kemudian hari.

Antara keperluan dan kehendak, merupakan dua bentuk perkataan yang membawa maksud yang tersendiri setiapnya. Hakikatnya masih ramai yang tidak memahami perbezaan antaranya, sekaligus menyukarkan kawalan perbelanjaan dan tabiat menyimpan menjadi amalan dalam kehidupan.

Suatu ketika dahulu, telefon menjadi barangan kategori kehendak tetapi tidak di masa kini. Altitud sedemikian berubah apabila komunikasi menjadi sumber maklumat utama dalam kehidupan. Namun tidak pula pada kesemua kenderaan.Sungguh pun pengangkutan merupakan penghubung yang sangat penting untuk membolehkan setiap individu melakukan perjalanan sama ada jarak dekat atau jauh.

Bermula dengan sebuah perjalanan, ada yang memilih menggunakan pengangkutan awam mahupun menggunakan kenderaan persendirian. Namun sedarkah kita, tidak semua individu di dunia ini berkemampuan memiliki kenderaan. Bagaimana pula bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM2000 dan tinggal di sebuah bandar yang besar? Adakah jumlah RM2000 mencukupi untuk membolehkan mereka memiliki sebuah kereta? Jawapan kebiasaannya pasti berbunyi "Boleh!".

Sekiranya dihitung dari aspek keperluan seperti perbelanjaan  harian, sewa rumah, elektrik dan bekalan air. Apakah mencukupi untuk membolehkan golongan ini membeli dan memiliki kenderaan seperti kereta atau MPV? Jawapannya tidak! Mungkin motosikal menjadi pilihan, itulah kepastiannya,

Bagaimana pula dengan golongan yang memperolehi pendapatan sedemikian dan mempunyai komitmen sampingan seperti melanjutkan pelajaran di IPTA atau IPTS? Sudah pasti memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi.

Apa-apa pun,  perbelanjaan yang berhemah dan bertepatan dengan keperluan seharusnya menjadi amalan kerana setiap sen yang mengalir datangnya dari hasil usaha dan penat jerih kita yang bekerja.

Fikir-fikirkanlah!

"Kadangkala marah itu amat perlu, kerana ianya luahan hati. Adakala sepi itu perlu, tatkala menjana ilham"-Mohd Zainor Hasrin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan