Alhamdulillah, hari ketiga saya menjalankan kerja-kerja pendawaian elektrik di sebuah bangunan yang bakal digunakan sebagai pusat pembelajaran jahitan. Sememangnya perit melakukan kerja-kerja yang banyak memperuntukan masa untuk berdiri berbanding duduk semasa kerja-kerja dilaksanakan.
Insyaallah kalau tiada sebarang aral melintang yang timbul, kerja-kerja berkenaan akan siap menjelang petang esok. Sedar atau tidak, saya hanya dapat berada di rumah seawal 10.00 malam dan perlu berada di tempat kerja selewat-lewat 10.00 pagi.
Sewaktu berada di rumah saya sukar untuk melelapkan mata, barangkali hanya badan sahaja yang letih berbanding mata. Ketika saya menaip artikel ini, saya telah pun berada di rumah nenek saudara yang terletak tidak jauh dari rumah. Orang kampung seperti saya ini sudah pasti menikmati suasana kampung jua. Mata kekal bertahan seolah-olah bersedia berjaga sehingga subuh.
Esok 27 Disember 2009, 3 orang pekerja Indonesia bapa saudara saya akan kembali ke kampung halaman mereka untuk bercuti selama sebulan setengah. Memandangkan esok masih ada tugasan yang perlu saya laksanakan, maka tidak dapatlah saya menghantar mereka ke lapangan terbang. Semoga mereka selamat berlepas dan tiba ke destinasi yang dituju, tidak lupa selamat kembali ke Malaysia pada 10 Februari 2010.
Terlalu banyak aktiviti yang terlepas, memandangkan tugasan masa kini menghalang saya dari melibatkan aktiviti-aktiviti yang sedang berlangsung. Tidak mengapa, berkemungkinan masih ada ruang dan peluang untuk saya terlibat dalam berbagai aktiviti kekeluargaan sungguh pun saya masih belum berkeluarga (belum ada rezeki lagi).
Terkenang masa depan, berbagai-bagai aktiviti telah pun dirancang cuma mengharapkan tiada halangan di masa hadapan. Perancangan akan datang insyaallah akan saya terbitkan dalam artikel seterusnya. Insyaallah.
"Yang hidup pasti jua akan mati juga, yang tinggal hanyalah bakti dan kenangan"-Mohd Zainor Hasrin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan