Kenapa dan mengapa, itulah pokok persoalan menyebabkan saya terfikir-fikirkannya. Ia bermula dengan sifat manusia yang merancang dan mengatur perjalanan kehidupannya. Namun dalam perancangan tersebut tidak dinafikan bahawa wujud kepincangan yang mungkin merencatkan kelancaran perlaksanaan perancangan itu sendiri.
Apa yang anda perlu dalam kehidupan? Segala-galanya? Adakah ianya berbaloi dengan usaha anda? Adakah dengan usaha anda sekarang, semua perlaksanaan akan terlaksana?
Apa pun jua jawapannya, pada pandangan saya ianya adalah benar dan pasti bagi setiap individu.
Kadangkala, segala perancangan yang direncanakan terganggu angkara kacau bilau yang timbul oleh pihak ketiga. Bagaimana ianya berlaku? Mengambil pengalaman saya sebagai contoh, perancangan untuk jangka 10 tahun ke hadapan. Antara perancangannya, melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat PhD dalam tempoh berkenaan. Di samping itu, saya juga mempertimbangkan untuk tidak berbelanja untuk sebarang bentuk kehendak berbanding keperluan.
Perancangan sedemikian juga hampir-hampir terganggu apabila seseorang mencadangkan saya membeli kereta sebagai tambahan kepada kemudahan pengangkutan. Walhal kemampuan saya untuk berbelanja sebegitu amat terbatas dan tidak sanggup menanggung beban hutang pinjaman dalam tempoh 10 tahun ini.
Sungguh pun didesak sedemikian, saya kekal dengan cara dan perancangan sedia ada. Faktor-faktor yang membuatkan saya menolak cadangan sedemikian antaranya, terlalu banyak kos-kos sampingan dan tambahan yang perlu diperuntukan. Tambahan pula, kos yuran pengajian sekitar RM2500 setiap semester dan tidak termasuk lain-lain kos yang diperlukan sepanjang tempoh 10 tahun ini.
*bersambung
"Tidak perlu menentukan kehidupan seseorang yang lain, melainkan ianya seekor burung yang terkurung di dalam sebuah sangkar"-Mohd Zainor Hasrin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan